Khasiat Siak-Siak

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini


Pengenalan

Nama Botani: Daniella Ensifolia

Nama Lain: Siak-Siak

Famili: Liliaceae

Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ketinggiannya boleh mencapai 1 m. Daunnya panjang (eliptik atau lanseolat), agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam (akut). Bunga terbit dihujung tangkai yang panjang melebihi helaian daun (30 -60 cm). Bunga biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadangkala putih atau kekuningan. Buah bentuk beri, bergarispusat 9-15 mm, berwarna biru keungguan dan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempuyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilau.

Khasiat dan Kegunaan

Akar pokok siak yang telah dikeringkan dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kecacingan . Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat bisul , gatal, juandis, kudis herpes dan sakit urat . Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau bahan makanan lain digunakan sebagai umpan untuk membunuh tikus.

Lagi info tentang herba :

  • tumbuhan herba
  • pokok siak
  • akar siak
  • buah siak siak
  • pokok siak siak
  • pokok siak-siak
  • Daniella Ensifolia
  • kasiat rajamahkotadewa
  • Dianella ensifolia dan manfaat nya
  • nama latin pohon siak siak
  • manfaat buah siak siak
  • gambar pokok siak siak
  • kegunaan buah siak

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini