Khasiat Buah Timun

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini


Pengenalan

Cucumis sativus , timun , adalah tumbuhan ditanam secara meluas dalam keluarga labu ( Cucurbitaceae ), yang termasuk skuasy, dan dalam genus yang sama dengan muskmelon dan tembikai . Timun yang mungkin berasal dari India , di mana ia nampaknya telah ditanam selama lebih daripada 3,000 tahun, kemudian merebak ke China. Orang-orang Rom mungkin memperkenalkannya di seluruh Eropah. Ratus kultivar yang berbeza-beza saiz dan warna kini ditanam di kawasan panas di seluruh dunia, dan secara komersial di halaman rumah .

Timun adalah tahunan keperluan haba fros sensitif adalah lebih besar daripada itu untuk sayur-sayuran yang paling biasa, dan dalam iklim utara , ia kerap kali ditanam dalam rumah hijau atau rumah gelung . Ia mempunyai mendaki berbulu, belakang, atau menjalar batang, dan kerap kali ditanam pada bingkai atau trellises . Daun berbulu dan mempunyai 3-5 cuping ; sulur paut bercabang di paksi daun menyokong memanjat. Tumbuhan biasanya monoecious ( bunga jantan dan betina pada pokok yang berasingan ), tetapi jenis menunjukkan pelbagai sistem seksual. Bunga betina yang berwarna kuning dengan 5 kelopak, dan berkembang menjadi buah silinder , yang mungkin sebesar 60 sentimeter (24 in) panjang dan 10 sentimeter ( 3.9 in) diameter. Julat warna dari hijau ke kuning ke putih ; dalam pelbagai jenis , buah-buahan yang bicolored dengan jalur membujur dari batang ke puncak .

Khasiat

Timun menghidrat tubuh anda

Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas

Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang .

Timun sebagai sumber vitamin harian

Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A , B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih ‘berkuasa’ dengan mencampur timun, dan daun bayam . Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit

Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan

Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan . Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata

Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser

Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis , mengura ngkan kolestrol dan mengawal tekanan darah

Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis . Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah .

Melembutkan rambut dan kuku

Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut

Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout

Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk

Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B , gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik

Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2′ x 2′). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam ‘kerek’. Anak-anak semaian di dalam ‘kerek’ diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite

atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Membuat Junjung / Penyokong:
Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat. Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para. Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas
(7.5m x 1.2m)
Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
300 kg
450 kg
450 kg
4 tan
200 kg
300 kg
300 kg

Lagi info tentang herba :

  • khasiat timun batang
  • timun jepun
  • timun
  • khasiat timun jepun
  • timun cina
  • khasiat jus timun batang
  • pokok timun
  • kebaikan timun batang
  • Khasiat timun
  • timun batang
  • khasiat timun betik
  • gambar timun
  • kebaikan timun
  • khasiat buah timun
  • BUAH TIMUN
  • khasiat buah timun betik
  • khasiat timun tikus
  • khasiat timun cina
  • khasiat mentimun malaysia
  • apakah khsiat timum
  • imej kanser lelangit
  • beza timun jepun dan timun biasa
  • pokok timun tikus
  • testimoni jus mentimun untuk prostat
  • fungsi getah timun batang
  • khasiat daun timun kampung
  • btgzakar
  • benih timun tikus
  • timun jepun vs timun biasa
  • gambar buah timun yang paling cantik
  • perbezaan timun dan timun batang
  • pegaga sebab kanser
  • khasiattimun
  • gambar timun jepun
  • kasiat timun jipun
  • khasiat timun boleh mengubat sakit apa
  • kebaikan timun tikus
  • Khasiat timun batang foto
  • timun ubat zakar

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini