Khasiat Herba Cekur Manis

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini


Pengenalan

NAMA SAINTIFIK :SAUROPUS ANDROGYNUS
NAMA LAIN :PUCUK MANIS, ASIN-ASIN
NEGARA ASAL :DIPERCAYAI BERASAL DARI ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Pokok renek berbatang lurus, tegak dan mencapai ketinggian kira-kira 3 meter.
• Bahagian atas pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai.
• Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan daunnya tumbuh secara berselang-seli hingga ke hujung.Daunnya berbentuk bujur atau oblong, 2-5 cm diameter, 1-2 cm lebar berwarna hijau tua.
• Buahnya globos, berukuran 1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.

Keterangan:

Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan . Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B , C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

Khasiat

Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K .

Daun pokok cekur manis adalah popular sebagai sayuran di Malaysia. Pokok cekur manis ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.

Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B , C protein dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang.

Ia dikatakan boleh merawat panas badan , tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening - pening , penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular).

Penanaman

Pembiakan dan penanaman

Cekur manis mudah dibiakkan melalui sistem batang yang berkayu keras, ystem sepanjang 20-25 sm boleh ditanam terus kebatas atau dibiakkan di dalam polibag yang diisi media tanah campuran dan diletak di tapak semaian. Batas disiapkan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman. Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organaik yang tinggi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50-100 sm antara pokok dan 100-120 sm antara barisan tanaman. Tanaman dibuat satu barisan sahaja kerana ia akan bercabang banyak bila selalu melakukan cantasan. Pokok boleh bertahan sehingga 8-10 tahun jika penjagaan sempurna.

Pengairan

Pengairan amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan, tanaman perlu disiram sekurangnya sehari sekali, kaedah pengairan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.

Pengawalan rumpai

Bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan.

Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan. Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan.

Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 boleh digunakan dengan kadar 80-100 gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.

Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan dengan bahan sistem tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga kg /meter persegi

Baja foliar bagi semburan daun boleh digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan daun bekalan bergantung pada pasaran.

Pemangkasan

Cekur manis memerlukan pemangkasan bagi memastikan pokok tidak terlalu tinggi dan menyukarkan penuaian hasil, ketinggian yang disyorkan ialah antara 1.0-1.2 meter.

Pokok perlu dicantas bagi mengawai ketinggian dan menggalakkan pertumbuhan tunas atau pucuk baru.

Kawalan perosak

Cekur manis jarang diserang perosak di peringkat awal penanaman, serangan koya, hamama bermula setelah sekian lama penuaian dilakukan.

Jika terdapat banyak serangan serangga, pokok boleh dicantas secara keseluruhan bagi mengurangkan perosak mengikut ketinggian yang dikehendaki.

Penuaian

Pucuk muda boleh dituai setiap hari dengan memotong kira 20-25 sm dari pucuk. Pucuk di susun dan ditimbang antara 300-400 g, diikat atau dimasukkan di dalam sistem yang di lubangkan bagi tujuan perpeluhan dan dijual di pasaran.

Lagi info tentang herba :

  • cekur manis
  • pucuk manis
  • khasiat pucuk manis
  • khasiat daun cekur manis
  • daun cekur manis
  • khasiat cekur manis
  • cangkuk manis
  • khasiat sayur manis
  • khasiat daun pucuk manis
  • daun cekak manis
  • ubi cekur
  • daun pucuk manis
  • daun asin asin
  • pokok cekur manis
  • khasiat daun asin asin
  • khasiat cangkuk manis
  • sayur manis
  • Khasiat sayur pucuk manis
  • daun cekok manis
  • sayur cangkok manis
  • pokok asin asin
  • kegunaan pokok cekur manis dalam perubatan
  • pokok cekok manis
  • cekor manis
  • pokok sekapor
  • kebaikan sayur manis
  • pokok pucuk manis
  • sup daun asin asin
  • penyakit pokok cekur manis
  • khsiat pokok asin2
  • pucuk manis untuk darah tinggi
  • cekur kahsiat
  • jushikmah
  • kaburukan sayue
  • kandungan nutren sayur cangkuk manis
  • kebaikan dan keburukan sayur cangkuk mansi
  • kebaikan sayur cakur
  • daun cekur manis di mana
  • kegunaan daun asin
  • kelebin daun asin asin
  • daun cangkuk manis
  • cekur manis untuk kurus
  • khasiat pokok asin-asin
  • kegunaan dalam perubatan pokok cekur manis
  • khasiat pucuk manis#spf=1
  • pokok cangko manis

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini