Khasiat Pokok Kesum

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini


Pengenalan

Pokok kesum( Polygonum minus ) berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Ðaunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.

Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Amnya terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak.Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakand alam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan.

Khasiat dan Kegunaan : Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu.  Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A , vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus .

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

Cara Menanam Pokok Kesum

Pokok Kesum mudah sahaja ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang atau keratan hujung batang berdaun. Ciri pertumbuhan pokoknya yang separuh menjalar itu menyebabkan batangnya akan mudah berakar apabila terkena kelembapan.
Campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap, gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik serta air senang mengalir keluar adalah sesuai untuk penanamannya. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai).

Terdapat beberapa cara atau kaedah penanamannya seperti berikut:
1) Kerat beberapa batang pokoknya yang matang atau hujung batang berdaun.
2) Buangkan daunnya di bahagian bawah sekali.
3) Tanam keratan tadi dalam medium tanaman seperti tersebut di atas sama ada dalam pasu atau di tanah dan pastikan ia dilindungi dari terik matahari. Kekalkan kelembapan medium tanamannya supaya pokok akan cepat tumbuh mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada kelembapan medium tanaman.

Siram 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa. Elakkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan atau mematikannya. Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.

Lagi info tentang herba :

  • daun semambu
  • daun kesum
  • khasiat daun kesum
  • khasiat bunga telang
  • gambar daun kesum
  • manfaat daun kesum
  • cara tanam daun kesum
  • daun kesum dalam bahasa indonesia
  • daun kesom
  • khasiat daun kesom
  • khasiat daun pudina
  • kegunaan daun kesum
  • daun kesum dan khasiat
  • kesum
  • daun kasum
  • khasiat kesum
  • khasiat pokok kesum
  • kebaikan daun kesum
  • cara tanam pokok kari
  • pokok kesum
  • cara tanam pokok kesum
  • cara menanam daun kesum
  • cara tanam pokok pudina
  • kelebihan daun kesum
  • daun kesum di indonesia
  • pokok pudina
  • cara tanam pokok herba
  • tanaman kesum
  • pohon kesum
  • cara tanam kucai dalam pasu
  • imej daun kesum
  • cara menanam pokok kesum
  • khasiat daun laksa
  • khasiat pudina
  • rupa daun kesum
  • daun kesum bahasa indonesia
  • daun pudina cina
  • istilah daun kesum dalam bahasa jawa
  • nama lain daun kesum sembukan
  • petua hilang kelemumur guna daun kesum
  • daun kesum adalah
  • pokok kari dalam pasu
  • ape tu bawang bakung atau bawang bawing
  • daun herba mint chinese
  • daun bawing sabah
  • cara budidaya tanaman daum mint dalam air
  • manfaat rebusan daun kesu
  • kebaikkan daun pudina dalam bahasa cina
  • khasiat daun kesum untuk perubatan batin lelaki
  • khasiat daun kesum untuk wanita
  • kesum dan darah tinggi
  • imej tumbuhan herba tepi parit
  • daun kesum di jawa
  • knotweed adalah
  • mamfaat daun laksa
  • manfaat daun kesu
  • ubat kanser

.


Tempah web Jualan/Affiliate/ MLM System... klik sini